
Pagabile anche con Carta della Cultura e Carta del Docente
Daya penyesuaian harus menjadi satu ciri tamadun Melayu untuk membolehkannya terus kekal dan maju untuk kurun akan datang. Masyarakat dalam rumpun Melayu harus berani membuat penyesuaian itu dengan menukar nilai-nilai hidup yang jelas menghalang kemajuan dan pada masa yang sama menerapkan unsur-unsur yang baik ke dalam warisan tamadunnya. Kajian menunjukkan tamadun yang berjaya adalah yang fleksibel, mudah dilentur dan disesuaikan dengan keadaan.
Warisan tamadun tidak bermakna jika ia tidak membawa kegemilangan pada zaman ini dan zaman yang akan datang. Apa yang penting bukan sejarah, tetapi ialah pengaruh sejarah yang boleh membawa kebahagiaan kepada masyarakat. Usaha mengekalkan tamadun lama tidak harus menyebabkan masyarakat menjadi lemah dan ketinggalan ke belakang. Tamadun yang tidak berubah, yang beku dan tidak dapat membentuk cara, nilai dan amalan yang baru, demi penyesuaian dan keperluan masa dan tempat, akan mati dan luput akhirnya. Hasrat menghidupkan semula ciri-ciri tamadun Melayu lama tidak harus tertumpu kepada perkara remeh-temeh yang bukan sahaja tidak bermanfaat malah meningkatkan perbezaan antara bangsa Melayu dengan bukan Melayu.


Il sito utilizza cookie ed altri strumenti di tracciamento che raccolgono informazioni dal dispositivo dell’utente. Oltre ai cookie tecnici ed analitici aggregati, strettamente necessari per il funzionamento di questo sito web, previo consenso dell’utente possono essere installati cookie di profilazione e marketing e cookie dei social media. Cliccando su “Accetto tutti i cookie” saranno attivate tutte le categorie di cookie. Per accettare solo deterninate categorie di cookie, cliccare invece su “Impostazioni cookie”. Chiudendo il banner o continuando a navigare saranno installati solo cookie tecnici. Per maggiori dettagli, consultare la Cookie Policy.